Monday, October 24, 2011

berakhirnya pemerintahan Gadaffi


Sorry sgt2 sbb lmbt update psl cite Gadafi ni mati ditembak.....aku dpt story ni pn hasil dr melihat blog http://ulanweblog.com ...2 pn sbb aku dh terlambat meng"update" cite si Gadaffi ni....sibuk ngan kenduri kawen la katekan....ramai sgt plak yg kawen weekend lepas...hehehheh...xpe2...kat cni korg boleh bace sikit cite psl kematian si Gadaffi ni....


Muammar Gaddafi mati kerana cedera semasa bertempur semalam.“Dia (Gaddafi) juga ditembak di kepala,” kata seorang pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan,(NTC) Abdel Majid Mlegta kdp agensi berita Reuters.“Terdapat banyak tembakan ke atas kumpulannya dan dia mati,” tambahnya.
Sebelum ini dia memberitahu bahawa Gaddafi yang berumur 69 tahun ditangkap dan cedera di kedua2 kaki pada Subuh semalam.Ketika itu, dia sdg melarikan diri dgn sebuah konvoi semasa jet2 pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) melancarkan serangan.
Namun, ia menyatakan adalah sukar untuk menyatakan sama ada serangan tersebut menyumbang kepada kemungkinan kematian Gaddafi.Menurut Abdel Majid, Gaddafi telah dibawa keluar dari lokasi kejadian dengan menggunakan sebuah ambulans.Menurut seorang pejuang anti-Gaddafi, bekas pemimpin itu ditemui bersembunyi di sebuah lubang saluran air dan berkata: “Jangan tembak, jangan tembak.”Pejuang itu menyatakan bahawa Gaddafi membuat rayuan itu kepada sekumpulan lelaki yang berjaya menangkapnya.
Seorang pegawai NTC, Mahmoud Shammam memberitahu terdapat gambar yang menunjukkan kejadian penangkapan tersebut.Ketua Tentera di Tripoli, Abdel Hakim Belhaj juga mengesahkan Gaddafi telah mati dibunuh.
Gaddafi menjadi pemimpin Libya selepas dia melakukan rampasan kuasa tentera semasa pemerintah Libya, Raja Idris mendapatkan rawatan perubatan di luar negara pada tahun 1969.Ketika itu, Gaddafimerupakan seorang pegawai tentera Libya. - sumber dr http://ulanweblog.com

0 comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers